fbpx

Ikan Masak Cuka. Nak Lagi Sedap Kena Letak Banyak Bawang.

iCookAsia

Ikan masak cuka memang menjadi kegemaran keluarga terutamanya anak-anak. Cuka memberikan rasa masam sekaligus dapat menutupi rasa hanyir ikan.

 

Bahan :

Ikan – goreng jangan sampai garing

2 ulas Bawang besar – hiris halus*

4 ulas Bawang putih – hiris halus*

Cili besar – belah 2*

1 st Biji sawi*

Halia – hiris halus*

Serai – hiris halus*

Tomat0 – belah 4

2 sb Cuka

Air

Garam

Gula

Timun – potong 4-6

 

Cara :

  1. Goreng ikan tetapi jangan terlalu garing. Ketepikan.
  2. Gunakan lebihan minyak gorengan tadi dan tumis bahan bertanda * sehingga wangi.
  3. Kemudian masukkan semua bahan kecuali ikan. Masak sehingga mendidih.
  4. Apabila sudah mendidih, masukkan ikan dan tomato.
  5. Pastikan rasa masam dan masin sempurna.
  6. Siap untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto : Nurul Hawa Nadila Sari

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x