Bunga Telang ini antara bunga tanaman yang boleh digunakan warnanya di dalam masakan. Ini baru namanya selamat, tanpa pewarna tiruan. Kalau di halaman rumah anda ada Bunga Telang atau jiran ada, boleh minta sikit untuk kita cuba dalam masakan.
Seperti seorang pengguna Facebook ini, beliau menggunakan air rebusan Bunga Telang pada Nasi Lemak Kukus. Cantik hasilnya!
Terima kasih Zainoor Aliza Ali untuk perkongsian resipi Nasi Lemak Kukus Bunga Telang ini 🙂
Bahan-bahan:
3 cawan beras
3 cawan air rebusan bunga telang
3/4 cawan santan pekat
Sedikit garam
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 cm halia
Sedikit halba
2 helai daun pandan
Cara memasak:
- Basuh beras dan toskan. Kemudian, masukkan ke dalam loyang.
- Masukkan santan, air bunga telang, bawang, halia, garam, halba dan daun pandan. Apabila air sudah mendidih, kukus selama 50 minit.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Zainoor Aliza Ali (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos