Mee Hun goreng ni tak lekang dengan orang Malaysia. Setengah orang makan untuk waktu pagi, ada yang makan malam. Ada yang makan kosong dan ada yang tambah lauk atau sumber protein seperti telur goreng. Apa kata kita try resepi Mee Hun ni yang bukan sahaja sedap tapi mempunyai khasiat tinggi. Nak masak pun sekejap je.
Mesti sedap punya!
Bahan-bahan:
Bawang
Bawang putih
Halia
Kobis
Lada hitam
Garam
Lobak
Kicap soya
Sos tiram
Cili
Cara-cara:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
- Tambahkan bawang putih dan halia yang telah dicincang.
- Setelah wangi, masukkan bawang dan masak hingga harum.
- Tambahkan lobak dan kobis ke dalam kuali.
- Campurkan cili yang telah dicincang untuk rasa pedas.
- Masukkan mee hun yang telah direndam ke dalam adunan.
- Tuangkan kicap soya dan sos tiram ke atas bahan-bahan.
- Gaul adunan dengan rata untuk memastikan semua bahan dilapisi dengan sos.
- Letak garam dan lada hitam mengikut citarasa.
- Akhir sekali, masukkan dengan cepat daun Moringa dan hidangkan.
Nota: Pastikan daun Moringa ditambahkan pada akhir dan dikacau sebentar sebelum dihidangkan.
Nak tau resepi-resepi lain yang boleh guna daun moringa, Boleh beli buku resepi Moringalicious untuk lebih banyak resepi dan pengetahuan tentang pokok ajaib ni!
Untuk pembaca di Malaysia, boleh dapatkan Buku Moringalicious: Karya Masakan Yang Hebat Dari Malaysia Ke Seluruh Dunia di sini (Shopee):
https://bit.ly/Moringalicious-Shopee
Untuk pembaca di luar Malaysia, boleh dapatkan Buku Moringalicious: Karya Masakan Yang Hebat Dari Malaysia Ke Seluruh Dunia di sini (Amazon):