Pelbagai jenis kek coklat telah dikongsikan, namun setiap satunya berbeza dan unik cara pembuatannya. Untuk resipi kali ini, kek coklat dikukus menggunakan acuan lompang dan terciptalah Bebola Kek Coklat.
Dan lebih mudah apabila sukatan hanya menggunakan cawan.
“Sy share sekali lagi kek ball yg pakai acuan lompang tu. Ramai sgt yg pm sy nk resepi. Sy dah selalu share, ni sy share skali😍
“Coklat cake guna acuan lompang je😋😋
Resepi coklat cake moist🍰🍫
Bahan :
1 cwn serbuk koko*
1 cwn susu pekat*
1 cwn susu cair/fullcream*
1 cwn gula*
1 cwn butter cair/minyak masak*
5 biji telur*
1 1/4 tepung naik sendiri
Cara :
1.Putarkan bahan bertanda * sampai gebu. Kemudian masukkan tepung naik sendiri.
2.Sapukan minyak pada acuan lompang, masukkan 3/4 adunan kek ke dalam acuan dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
Bahan Topping :
250g compound choc
50ml minyak
20g susu pekat
Cara :
1.Gunakan kaedah Double boil sampai cair.
2.Curahkan ke atas kek yang sudah disusun dan sejuk tadi.
3.Hiasan nutella dan crispy ball
Sumber : Nurul Athira