fbpx

Cara Buat Rambutan Asam Boi, Sekali Makan Memang Nak Lagi!

iCookAsia

Selalu kita dengar Asam Boi Mangga kan, kali ni lain daripada yang lain, Rambutan Asam Boi. Memang perfect snack orang kata bagi sesiapa yang suka kan asam boi. Lagi lama letak dalam peti ais, lagi sedap waktu nak makan. Buat makan sambil tengok tv pun boleh.

Jom kita try.

Terima kasih Ani Zam untuk perkongsian resipi Rambutan Asam Boi ini 🙂

Bahan-Bahan:

Buah rambutan

Asam boi

Serbuk asam boi

Limau kasturi

Cilipadi

Garam dan gula

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, kupas, basuh bersih dan toskan buah rambutan.
  2. Masukkan isi rambutan ke dalam mangkuk.
  3. Kemudian, masukkan pula asam boi, serbuk asam boi, cili padi, garam dan gula ke dalam mangkuk tersebut. Gaul sebati supaya meresap keseluruhan.  
  4. Buang biji limau kasturi kemudian perahkan airnya ke dalam mangkuk yang berisi buah rambutan.
  5. Gaul sebati. Akhir sekali, masukkan ke dalam peti  sejuk selama 1 atau 2 jam.
  6. Keluarkan dan sedia untuk di nikmati.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ani Zam(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x