fbpx

Cara Buat Cucur Balak Yang Mudah, Lagi Sedap Makan Dengan Kuah Kacang

iCookAsia

Kebiasaannya dengar Cucur Udang kan, tapi kali ni, Admin nak share satu resipi yang sangat mudah tapi sedap iaitu Cucur Balak. Makan waktu petang lagi sesuai. Kalau anda semua nak masak kuah kacang yang segera pun boleh.

Jom kita try.

Terima kasih Hafsah Romli untuk perkongsian resipi Cucur Balak ini 🙂

Bahan-Bahan:

3 cawan tepung gandum

3 cawan air

Sedikit udang kering

Sebiji telur

3 sudu kecil minyak

Sedikit garam

Sedikit serbuk kunyit

Sedikit daun kucai

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, satukan tepung, udang kering,  telur, minyak, garam, serbuk kunyit dan kisarkan kesemua bahan tersebut.
  2. Kemudian, tapiskan bahan yang sudah di blend tadi.
  3. Seterusnya, masukkan daun kucai yang sudah dipotong pendek-pendek.
  4. Masak dan gulung seperti ketayap.
  5. Kemudian, gorengkan ia.
  6. Apabila sudah agak kelihatan keperangan, sudah boleh diangkat. Disajikan bersama kuah kacang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Hafsah Romli(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x