fbpx

Campuran Bawang Putih Rebus Buat Buang Angin Dan Kuruskan Badan. Elok Untuk Wanita Tengah Pantang

iCookAsia

Jika korang ada masalah angin dalam badan dan mengalami masalah tak lawas, apa kata cuba petua yang dikongsikan Hanaa Ana. Jelasnya, petua ini cukup sesuai untuk mengeluarkan angin degil dalam badan dan melawaskan pencernaan. Malah boleh menguruskan badan jika diamalkan.

Selalunya menu ini diamalkan oleh kaum Banjar untuk menjaga pemakanan wanita sedang berpantang.

Assalamualaikum, selamat malam,

Saya amalkan petua ni je tuk buang angin dalam badan atau dalam perut yg degil tu..bahan-bahan yg sedia ada kat dapur kita.

Lepas makan bersama nasi panas dan ikan goreng pasti angin keluar tak henti-henti..(pot-pot gitu) Try la yg mana rasa ada angin dalam badan tu.”

 

Bahan :

Bawang putih ikut suka banyak mana

30 biji Lada hitam

1 inci Halia

Sedikit Garam

Air asam

 

Cara :

  1. Rebus bawang putih atau letakkan di atas nasi yang hampir kering sewaktu masak.
  2. Kemudian tumbuk halia dan lada hitam sehingga lumat dan campurkan sedikit garam dan air asam.
  3. Masukkan bawang putih dan lenyekkan bawang sebelum makan.

Kredit resipi & foto : Hanaa Ana

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x