fbpx

Bubur Ayam Berlauk, Sedap Berlemak. Makin Berselera Makan.

iCookAsia

Lauk yang paling simple, ada kalanya itulah yang paling membuka selera dan menyelerakan. Tidak perlu hidangan lima bintang, cukup hanya bubur nasi berlauk sudah mampu melunaskan perut yang lapar.

Cara menyediakannya juga cukup mudah dan tidak renyah. Terima kasih Nyta Rosli atas perkongsian resipi.

 

Bahan :

1 1/2 cawan Beras

3 ketul Ayam isi ayam

Serai – diketuk

3 biji Bawang merah – tumbuk

3 ulas Bawang putih – tumbuk

1 inci halia – hiris

1 sk Halba

1 senduk (kecil) Santan

Garam

Lada hitam – optional

 

Cara :

  1. Rebus beras terlebih dahulu sehingga lembut. Sukatan untuk satu cawan beras ialah tujuh cawan air. Jika tidak cukup boleh tambah sendiri.
  2. Kemudian masukkan serai, bawang merah, bawang putih, halia, halba dan isi ayam.
  3. Masukkan pula santan.
  4. Perasakan dengan garam.
  5. Bubur harus dikacau selalu untuk mengelakkan hangit di bahagian bawah.
  6. Lada hitam dimasukkan waktu makan. Tidak perlu masukkan waktu memasak.

 

Kangkung goreng belacan :

Segenggam ikan bilis

3 ulas Bawang putih

10 tangkai Cili padi – ikut kepedasan masing-masing

1 tangkai Cili merah besar

1 inci Belacan

Garam

 

Cara :

  1. Tumbuk semua bahan sehingga lumat.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi.
  3. Kemudian masukkan kangkung dan perasakan dengan garam. Siap.
  4. Sediakan bawang goreng secara homemade.
  5. Goreng ikan bilis sehingga rangup.
  6. Rebus telur masin.

Kredit resipi & foto : Nyta Rosli

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x