fbpx

Buat Puteri Mandi Atau Wadai Kipeng Dengan Mudah. Letak Pewarna Berlainan, Baru Hidangan Nampak Menarik.

iCookAsia

Kuih Puteri Mandi ini antara makanan tradisional yang rasanya kenyal dan menggunakan kuah pandan. Sesuai dihidang untuk makanan petang. Kuih ini juga dipanggil Wadai Kipeng pada masyarakat Jawa Banjar. Sama juga rupanya. Yang berbeza hanya pada citarasa masing-masing. Sama ada nak buat menggunakan satu warna atau bermacam-macam warna. 

Buat warna-warni baru nampak menarik kan?

Terima kasih Norfadilah Ibrahim untuk perkongsian resipi Bubur Cara ini 🙂

Bahan-bahan:

Tepung pulut

Air

Santan

Gula putih

Gula merah

Daun pandan

Cara membuat:

  1. Di dalam mangkuk, masukkan tepung pulut dan sedikit air. Uli sampai menjadi doh. Tak perlu banyak air, cukup sekadar tidak melekat di tangan. Kemudian, bulat-bulatkan tepung dan  leperkan pada tengah dia. Kalau nak letak pewarna, buat asing-asing.
  2. Di dalam periuk lain pula, masakkan air. Bila air dah panas, masukkan tepung-tepung tadi. Bila dah timbul, angkat.

*Sama step macam buat kuih melaka.

  1. Akhir sekali, masakkan air, gula putih, gula merah, santan dan daun pandan. Bila sudah menggelegak, masukkan tepung tadi dan kacau lebih kurang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Norfadilah Ibrahim (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x