fbpx

Buat Pulut Inti Kelapa Guna Bunga Telang. Cantik Kejadiannya, Baru Selera Nak Makan.

iCookAsia

Pulut Inti ini antara hidangan pencuci mulut bagi tradisi Nyonya. Hidangan ringkas pulut dan di atas Inti Kelapa sebagai topping. Sangat kreatif cara hidangannya tau. 

Nak tambah kreatif lagi, seperti seorang pengguna Facebook ini telah membuat Pulut itu dicampur bersama Bunga Telang. Memang cantik betul hasil dia. Nak tahu apa rasanya? Jom cuba!

Terima kasih Zainoor Aliza Ali untuk perkongsian resipi Pulut Inti Bunga Telang ini 🙂

Bahan-bahan:

4 cawan beras pulut

3 cawan santan

2 sudu kecil garam

1 helai daun pandan

1 mangkuk bunga telang

Cara membuat:

  1. Basuh beras dan toskan. Masukkan ke dalam loyang.
  2. Kemudian, masukkan santan, garam dan daun pandan.
  3. Setelah air kukusan mendidih, kukus pulut selama 40 minit.
  4. Setelah pulut masak, benamkan beberapa kuntum bunga telang. Tutup kukusan dan biarkan sekejap. Buka semula tutup kukusan dan kacau pulut perlahan-lahan. Tutup api dapur.

Bahan untuk Inti Kelapa:

2 biji kelapa parut putih

3 cawan air

3 cawan gula merah

1/2 cawan gula putih

2 sudu kecil garam

3 helai daun pandan

1 sudu besar tepung gandum

Cara penyediaan:

  1. Bancuh gula merah bersama air dan apiskan ke dalam kuali.
  2. Masukkan kelapa parut, gula putih, garam dan daun pandan. Masak di atas api yang sederhana. Kacau sekali-sekala.
  3. Apabila dah mendidih, perlahankan api. Kacau hingga sedikit kering.
  4. Akhir sekali, taburkan tepung gandum. Kacau lagi hingga kelapa berkilat. Tutup api dapur dan biarkan seketika dan angkat.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zainoor Aliza Ali (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x