fbpx

Buat Nasi Minyak Ini Kalau Rindu Masakan Kenduri. Simple Dan Sudah Semestinya Sedap!

iCookAsia

Nasi minyak sangat lah menjadi pilihan ramai apabila datang pada majlis keramaian terutamanya pada majlis perkahwinan. Digandingkan bersama Ayam Masak Merah dan juga Acar. Wah, kalau makan panas-panas ini confirm sedap. 

Terima kasih Nur Fakhira Mohd Rosli untuk perkongsian resipi Nasi Minyak ini 🙂

Bahan untuk Nasi:

4 pot beras

2 sudu marjerin

2 sudu minyak sapi

4 sekawan (kayu manis, pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang)

5 biji bawang kecil

4 ulas bawang putih

1 inch halia

1 cawan susu cair

1 sudu serbuk pati ayam #knorr

Garam secukup rasa

Pewarna kuning

Air secukupnya

Cara membuat:

  1. Hiris bawang-bawang dan halia. Panaskan marjerin dan minyak sapi.
  2. Tumis 4 sekawan. Masukkan bahan hiris dan kacau smpai garing.
  3. Masukkan beras yang dah dibasuh dan ditoskan. Kacau rata.
  4. Masukkan susu cair, pewarna kuning, air secukupnya dan garam. Kacau rata.
  5. Tutup periuk. Kecilkan api. Biar sampai nasi masak. Kacau sesekali untuk nasi masak sekata. Tutup api bila nasi sudah masak.

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (potong dan bersihkan, perap garam dan kunyit, goreng hingga garing)

7 biji bawang besar

4 ulas bawang putih

Segenggam lada kering (rendam)

Sos cili & sos tomato secukup rasa

Garam, gula dan pes asam jawa secukup rasa

Sedikit air

Minyak goreng ayam tadi

Cara memasak:

  1. Blend 5 biji bawang besar (lagi 2 biji hiris bulat), bawang putih dan cili kering dengan sedikit air sampai lumat.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar tadi sampai garing.
  3. Masukkan sos sos, perasakan dengan garam, gula dan pes asam jawa. Tambah air utk bg kuah sikit.
  4. Kacau rata. Bila semua sudah masak dan sebati, masukkan ayam goreng dan bawang hiris bulat. Kacau sampai semua rata. Tutup api.

Acar Timun

Bahan-bahan:

1 biji timun (hiris bulat)

3 biji cili api (hiris)

2 bawang besar (hiris)

Garam, gula dan cuka secukup rasa

Cara penyediaan: Gaul semua bahan secukup rasa hingga sebati.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nur Fakhira Mohd Rosli (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x