fbpx

Buat Kuih Cara Berlauk Dengan Mudah Tapi Sedap.

iCookAsia

Kuih Cara Berlauk ini kebiasaannya boleh didapatkan di gerai gerai tepi jalan atau pada majlis keramaian. Menjadi kegemaran ramai ini, tidak kira apa jenis inti sekalipun sama ada ayam atau daging. Dan untuk membuatnya perlukan acuan yang tersendiri. 

Tetapi seperti seorang pengguna Instagram ini, beliau menggunakan acuan yang lain daripada lain untuk membuat Kuih Cara Berlauk. Comel je bentuknya iaitu bentuk hati. Jom cuba buat!

Terima kasih mamalynbakery untuk perkongsian resipi Kuih Cara Berlauk ini 🙂

Bahan-bahan untuk Inti:

400g daging atau ayam kisar

3 sudu besar serbuk kari daging

1 biji bawang besar- dipotong dadu

2 ulas bawang putih- dihiris halus

1 kiub pati ayam

Garam secukupnya

Sedikit serbuk lada putih atau lada sulah

Bahan-bahan hiasan:

2 biji cili merah

Daun bawang

Daun sup

Bahan-bahan untuk adunan kuih cara:

250 gm Tepung gandum

400 gm Air

1 kotak santan (200gm)

1 biji telur

Secubit Garam

Pewarna kuning

Cara penyediaan untuk Inti:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.

Masukkan bancuhan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.

  1. Masukkan daging bersama lada sulah dan kiub ayam kemudian kacau sehingga kering airnya.
  2. Perasakan dengan garam dan ketepikan.

Cara buat untuk adunan Kuih Cara:

  1. Bancuh semua bahan adunan kuih cara dan kacau sehingga sebati. Tapis adunan dengan penapis supaya tiada ketulan tepung.
  2. Panaskan loyang kuih cara dan sapu sedikit minyak. Tuang adunan ke dalam acuan.
  3. Kemudian sudukan inti keatas kuih, tabur daun bawang, daun sup dan hirisan cili.

Tutup loyang dengan penutupnya atau tudung periuk.

  1. Masak selama lebih kurang 6-8 minit di atas api yang perlahan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: mamalynbakery (Instagram)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x