fbpx

Buat Donut Ball Dengan Hanya Menggunakan Dua Bahan Sahaja! Yang Penting Sedap!

iCookAsia

Kebiasaannya anda makan donut kan? Hari ini, Admin nak share satu resepi Donut Ball tapi sedikit kelainan daripada yang biasa dengan menggunakan yogurt. Mesti nak tahu macam mana rasa nya kan? Guna dua bahan sahaja pun dah boleh buat hidangan ini.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Reha Rahma perkongsian resipi Donut Ball ini 🙂

Bahan-bahan:

Yogurt perisa asli 1 cup (130g)

Tepung naik sendiri 3/4 cawan

(Boleh gandakan sukatan jika nak buat lebih)

Cara Membuat:

  1. Pertama sekali, campurkan kedua bahan tadi.
  2. Teksturnya akan jadi seperti ini.
  3. Masukkan dalam piping bag, kalau tiada piping bag boleh guna plastik bungkus makanan.
  4. Kemudian, gunting hujung piping bag agak-agak saiz comel begitu .
  5. Masukkan seketul-seketul ke dalam minyak yang telah panas, goreng dengan api sederhana.
  6. Boleh angkat apabila sudah nampak warna keperangan.
  7. Api jangan kuat sangat sebab donut ini cepat masak.
  8. Golekkan dengan gula kastor sewaktu donut tengah panas lagi. Guna gula aising pun boleh.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Reha Rahma(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x