Cuaca sekarang tidak menentu. Kadang panas, kadang sejuk. Tetapi, kalau cuaca panas tu memang tekak dan badan kita ini perlukan benda sejuk je kan? Apa kata, anda buat satu pencuci mulut yang paling senang untuk disediakan dan menjadi kegemaran ramai. Seperti perkongsian resipi dibawah ini?
Agar-agar milo. Bahan utama milo yang digunakan ini pasti tidak asing lagi dalam kalang anak-anak kita kan? Jadi mereka pasti akan suka dengan pencuci mulut ni. Bila para ibu buat, dan makanan habis tu mesti satu kepuasan. Sebab apa? Itu tanda nya mereka suka dengan masakan kita. Jom cuba buat!
Terima kasih Nyta Gh untuk perkongsian resipi Agar-agar Milo ini 🙂
Bahan-bahan:
Agar-agar tali (35.7gm)
Air (sukat guna plastik agar-agar, satu plastik penuh atau 1550ml air)
Gula 3 senduk sedang
Susu pekat ½ tin
Milo 1 cawan (guna tamar koko pun boleh)
Serbuk koko 2 sudu makan
Serbuk horlicks 2 sudu makan
Secubit garam (untuk bagi rasa lemak manis)
Cara memasak:
- Masak agar-agar tali bersama air hingga hancur.
- Masukkan gula dan kacau sebati dan hancur.
- Masukkan susu pekat, milo, horlicks dan serbuk koko. Masukkan garam dan kacau hingga mendidih.
- Kemudian, tuang dalam acuan dan biarkan sejuk dengan simpan dalam peti.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nyta Gh (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/