fbpx

Jom Buat Kuih Dangai Kukus. Lembut Dan Sedap

iCookAsia

Mesti ramai yang suka makan Kuih Dangai Kukus kan? Dengan teksturnya yang lembut dan menarik, menjadikan kuih ini sangat sedap untuk dimakan. Lagi best kalau buat makan petang, digandingkan dengan secawan kopi.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Zura Zul perkongsian resipi Kuih Dangai Kukus ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan kelapa parut putih

1 cawan tepung pulut

1 sudu besar gula

1/2 sudu kecil garam

Gula Melaka

Cara membuat:

  1. Mula-mula, campurkan kesemua bahan dan gaul-gaul sebati kecuali gula melaka.
  2. Kemudian, sapukan sedikit minyak pada acuan kuih lompang. Kalau tak sapu minyak pun boleh.
  3. Masukkan kelap dalam acuan dan tekan-tekan manja sikit.
  4. Seterusnya, buat lubang kecil di tengahnya untuk diisikan gula melaka yang dipotong atau dihiris kecil.
  5. Akhir sekali, panaskan pengukus hingga mendidih. Kukus selama 15 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zura Zul

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x