Kalau dapat lauk yang simple tapi sedap pun best juga kan seperti Pajeri Nanas ni. Cara nak buat nya mudah sahaja dan yang penting, sedap rasanya. Admin jadi tak sabar nak cuba resepi ini untuk juadah berbuka.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Thahara Ibrahim perkongsian resipi Pajeri Nanas ini 🙂
Bahan-bahan:
4 sudu besar serbuk kari ikan
2 sudu besar serbuk cili
5 sudu besar kerisik
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu besar udang kering/ikan bilis
400 ml santan pekat
1 ketul kecil gula melaka
1 sudu kecil garam
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Cara membuat:
- Mula-mula, tumbuk udang kering atau ikan bilis, bawang merah, bawang putih dan halia.
- Bancuh serbuk kari dan serbuk cili jadikan pes pekat.
- Kemudian, campurkan dengan bahan yang ditumbuk.
- Panaskan minyak dan tumis bunga lawang serta kulit kayu manis.
- Seterusnya, masukkan pes serbuk kari yang digaul dengan bahan tumbuk tadi, tumis hingga naik bau.
- Masukkan secawan air dan masukkan nanas atau terung.
- Apabila air sudah hampir kering, masukkan santan, kerisik, gula melaka dan garam. Boleh rasa ikut kesesuaian lidah masing-masing. Masak hingga kuah pekat. Pajeri sedap dimakan selepas disimpan semalaman.
Nota tambahan:
Pengguna Facebook ini berkongsi tentang guna serbuk kari dan cili Baba’s. Boleh sahaja guna serbuk kari kegemaran masing-masing. Begitu juga dengan gula. Jika tiada gula melaka gula putih biasa pun sedap juga. Rasa pajeri haruslah pedas rempah dan manis-manis sikit.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Thahara Ibrahim(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity