Sedap kan kalau dapat makan Sotong Goreng Kunyit? Ada hidangan ini sahaja pun sudah mencukupi untuk lauk tengahari. Dimakan pula dengan nasi panas, bertambah berselera makan. Bukan itu sahaja, kalau nak ratah macam itu pun boleh.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Azizah Daud perkongsian resipi Sotong Goreng Kunyit ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
10 ekor sotong
10 batang kacang buncis potong ikut suka.
1/2 biji carrot (potong)
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 biji tomato
Bahan B (Untuk Tumis):
5 ulas bawang putih (ketuk atau tumbuk)
1 biji bawang holland (potong)
1 sudu serbuk kunyit (kalau ada kunyit hidup lagi bagus)
Cara membuat:
- Mula-mula, bersihkan sotong dan potong ikut suka. Perah sedikit asam limau atau lemon dan sedikit cuka. Rendam sekejap dalam air bagi sotong tidak layu bila digoreng. Toskan.
- Panaskan kuali. Jangan masukkan minyak. Masukkan sotong dan goreng hingga air sotong kering air serta angkat dan ketepikan.
- Masuk minyak dalam kuali yang sama.
- Tumis bawang putih.
- Kemudian, masukkan serbuk kunyit dan kacau rata.
- Masukkan cili potong dan sotong tadi. Letak garam, serbuk perasa dan sedikit gula jika suka. Kacau rata.Â
- Masukkan carrot, kacang buncis, tomato dan bawang holland. Kalau nak ada kuah, masukkan sedikit air.
- Akhir sekali, kacau rata. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Azizah Daud(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity