Kalau dapat makan ayam madu dengan nasi panas pun dah sedap. Tapi hari ini, kita buat sedikit kelainan iaitu Ayam Madu Ala Makrerama. Mesti curious nak tahu kan? Simple tapi sedap dengan rasa yang cukup masin, manis dan pedas. Dengar pun dah terliur. Confirm bertambah selera.
Jom kita try.
Terima kasih Umi Watie untuk perkongsian resipi Ayam Madu Ala Makrerama ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
1 kg ayam (Boleh guna bahagian drummet, taknak pun takpe)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos lada hitam
4 sudu besar madu
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 cawan kicap manis
Bahan B (Dikisar halus):
4 ulas bawang putih
2 inci halia
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, basuh bersih dan toskan ayam.
- Kemudian, masukkan kesemua bahan beserta bahan yang dikisar halus dan kacau sehingga sebati. Jangan buka api terlebih dahulu.
- Apabila sudah sebati semua, baru hidupkan api perlahan.
- Biarkan kesemua bahan mendidih. Sesekali kacau-kacaukan supaya semua bahan mesra. Jangan letak air. Itu air dari ayam.
- Akhir sekali, masak sehingga kelihatan elok pekat melekat seperti gambar di bawah. Tidak perlu letak garam atau gula kerana bahan tadi sudah cukup rasa.
- Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Umi Watie(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos