fbpx

Cara Buat Apam Mentega Yang Sedap Dan Gebu Je Hasilnya

iCookAsia

Kalau anda sering ke gerai tepi jalan yang menjual kuih-muih, mesti selalu lihat kuih Apam kan? Kali ni, Admin nak share resepi untuk buat Apam Butter atau dikenali sebagai Apam Gula Hangus. Memang sangat sedap dan lagi perfect kalau dapat buat untuk sarapan. 

Dengan saiznya yang kecil tapi nikmat bila dapat makan. Jom kita try.

Terima kasih Mariana Zainal untuk perkongsian resipi Apam Mentega ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

2 cawan gula

2 cawan air panas

Bahan B (Untuk Dikisar selama 7-8 minit):

4 sudu besar susu pekat manis

4 sudu besar butter

4 biji telur gred A/B

1 cawan minyak masak

Bahan C:

1/2 sudu besar baking soda

Bahan D:

3 cawan tepung gandum

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, untuk bahan A, untuk jadikan gula hangus, masukkan gula dalam kuali dan  goreng guna api perlahan.
  2. Apabila gula sudah mencair dan warna agak perang, masukkan air perlahan-lahan. Pastikan untuk sentiasa berhati-hati.
  3. Kemudian biarkan mendidih sekejap untuk bagi gula larut. Tutup api dan biarkan sejuk.
  4. Untuk bahan C, masukkan baking soda dan air gula hangus tadi ke dalam bahan B dan blend lagi selama 1-2 minit.
  5. Seterusnya, masukkan tepung gandum (bahan D) ke dalam besen.
  6. Tuang bahan blend tadi dalam tepung dan kacau guna whisk atau senduk sehingga sebati.
  7. Panaskan kukusan sehingga air mendidih.
  8. Oles nipis minyak pada acuan.
  9. Masukkan adunan 3 atau 4 acuan (hampir penuh. Kukus selama 18 hingga 20 minit.
  10. Buka tutup kukusan dan baru angkat kuihnya.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mariana Zainal(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x