Biasa kita jumpa kuih Donut berbentuk bulat sahaja kan? Jom ikuti seorang pengguna Facebook ini memberi kelainan pada kuih Donut dengan mengubah bentuknya kepada Donut Pintal.
Menarik rupanya, cantik, comel dan confirm anda akan rasa kelainan pada rasa sedapnya tu. Kalau dihidangkan pada anak-anak, mesti mereka excited nak makan. Apatah lagi kalau dibuat jualan, mesti laku!
Terima kasih Noor Suhaida untuk perkongsian resipi Donut Pintal ini 🙂
Bahan A
1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 Cawan air suam
2 Sudu gula
campur semua bahan biar sampai berbuih
Bahan B
4 cawan tepung gandum atau tepung roti
2 sudu besar majerin
2 Sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
Cara membuat:
- Campur semua bahan B bagi jadi macam serbuk roti dan tuang sedikit demi sedikit bahan A sampai jadi doh yang lembut. Ulli seketika sampai doh tak lekat pada tangan. Selepas itu perap selama 1 jam.
- Selepas 1 jam, tumbuk doh untuk buang angin.
- Timbang doh 30 gram setiap satu dan buat bulat bagi licin. Kalau tak mahu timbang boleh agak-agak sendiri sahaja bulat tu. Kemudian, biarkan selama 10 minit dan baru gelek dan jadikan bentuk pintal.
- Selepas dah buat pintal, perap bagi naik dua kali ganda dalam 20 minit.
- Akhir sekali, goreng hingga kekuningan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Noor Suhaida (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos