fbpx

Petua Untuk Dapatkan Cili Jeruk Rangup, Sedap Dimakan Dengan Kuey Teow

iCookAsia

Kalau anda semua nak tahu, ada sesetengah orang yang makan Cili Jeruk macam tu sahaja. Pun sedap tau. Memang cukup rasa terutamanya rasa masam cuka tu. Apatah lagi kalau dapat makan dengan Kuey Teow ataupun Mee Celup.

Jom kita try dan boleh buat stok juga tau.

Terima kasih Tengku Suzila untuk perkongsian tips Cili Jeruk Rangup ini 🙂

Bahan-Bahan:

500 g cili

2 sudu kecil garam

2 sudu besar gula putih

2 sudu kecil gula perang (Optional)

2 sudu besar cuka

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, basuh bersih dan toskan cili sehingga betul-betul kering. Kemudian, potong mengikut saiz yang dikehendaki.
  2. Masukkan cili dalam ke bekas bertutup, kemudian masukkan gula, garam dan cuka.
  3. Seterusnya, biarkan selama 24 jam di luar.
  4. Kemudian, baru simpan dalam peti sejuk.
  5. Semasa proses menjeruk, pastikan untuk kacau-kacau dan pusing-pusingkan cili supaya semua sebati dengan bahan-bahan tadi.

Kalau ada cili hijau muda atau cili solok pun sedap tau.

Semoga bermanfaat dan anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit tips dan gambar: Tengku Suzila(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x