Selesai hidangan wajib pada Hari Raya, ketupat, lontong, lemang, rendang dan sebagainya. Marilah kita cuba pula masak masakan tradisi mengikut negeri masing-masing, seperti Nasi Dagang daripada negeri Pantai Timur.
Nak lebih sedap, anda patut minta resepi daripada Atok Nenek. Mana tahu ada resepi turun-temurun dan terselit tips untuk masakan sedap? Seperti seorang pengguna Facebook ini, di mana resepi ini betul-betul turun temurun. Tengok sahaja lah cara hidangan yang beliau gunakan, tikar mengkuang yang sangat klasik dan tradisional. Pasti rasa masakan beliau pun betul-betul authentic!
Terima kasih Aku Zackh untuk perkongsian resipi Nasi Dagang ini 🙂
Resepi Nasi:
- Rendam beras dagang semalaman, tos dan kemudian dikukus halfway dan angkat.
- Santan, halia dan bawang kecil hiris, halba, garam, gula semua dicampur dan kacau sebati.
- Campur santan dengan beras, biarkan sehingga santan serap dalam beras lebih kurang 10 minit.
- Kukus semula beras hingga masak. Jangan lama nanti nasi kering.
Resepi gulai:
- Ikan tongkol dipotong 1 inci, rebus dengan asam keping, garam dan air sedikit hingga ikan kecut.
- Blender cili kering, lengkuas, kunyit hidup, bawang putih, bawang merah.
- Tumis bahan blender hingga pecah minyak.
- Masukkan santan, kacau sebati, masuk ikan dan air rebusan ikan, telur rebus, asam keping, lada merah, lada hijau.
- Masukkan timun yang dibuang biji, garam, gula dan ajinomoto.
- Kacau rata dan siap.
Tips:
Air ikan adalah penyedap gulai. Jangan buang, masukkan dalam gulai tadi. Lada hijau dan merah juga membantu untuk naikkan rasa gulai. Untuk berniaga, tidak digalakkan campur timun tapi boleh ganti dengan acar timun dan lobak merah.
Disclaimer:
Nasi dagang kelantan beras warna perang, nasi dagang terengganu beras seperti dalam gambar di atas. Jadi, gulai kelantan, beras terengganu.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Aku Zackh (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos