Resipi Kek Minyak ini sangat popular dengan caranya yang sangat mudah. Lebih-lebih lagi kalau menggunakan teknik kukus. Apabila menggunakan teknik kukus ini, confirm kek atau makanan kita akan menjadi lebih lembut dan gebu.
Resipi kali ini sangat mudah sebab tak perlu guna hand mixer pun tak apa. Masukkan je semua bahan ke dalam blender, kukus dan siap!
Terima kasih Wan Ruzita Wan Deraman untuk perkongsian resipi Kek Minyak Kukus ini 🙂
Bahan-bahan:
1 cawan minyak
1 cawan susu pekat
1/2 cawan gula pasir
1sdk ovalette
5 biji telur (gred b)
Esen vanilla
2 cawan tepung (diayak)
1 sudu kecil baking powder
Cara membuat:
- Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung dan baking powder. Kisar sehingga adunan jadi putih.
- Kemudian, letak adunan ke dalam mangkuk besar dan masukkan tepung dan baking powder. 3. Kaup balik sampai sebati. Bahagikan adunan dalam beberapa bekas dan letak warna pilihan. Selang-selikan warna adunan dalam loyang atau acuan sampai habis.
- Kukus 40 minit.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Wan Ruzita Wan Deraman (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/