Bahan-bahan
1 ketul kepala ikan
1 biji tomato dibelah enam
1 biji terung bulat dibelah empat
4 biji cili
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
5 hiris halia
5 ulas bawang merah dihiris nipis
1 ulas bawang putih dicincang kasar
1 tangkai daun kari
1 helai daun pandan
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntumbunga lawang
1 sudu kecil halba campur
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 biji tomato yang telah direbus
½ cawan serbuk kari
1/3 cawan air asam jawa
3 cawan santan
minyak untuk menumis
sedikit gula
dan garam secukup rasa
Cara membuat
1. Mula-mula, sediakan bahan-bahannya. Perapkan kepala ikan bersama sedikit garam. Kemudian tanggalkan kulit tomato yang telah direbus tadi dan hancurkannya.
2. Seterusnya tumbuk hancur 1 ulas bawang putih, 5 hiris halia dan 5 ulas bawang merahu. Supaya mudah hancur, masukkan garam.
3. Selepas itu, campurkan serbuk kari bersama bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi dengan sedikit air. Kacau rata.
4. Apabila semua bahan telah tersedia. Panaskan minyak dan tumis halba campur, bawang putih yang dicincang dan bawang merah yang dihiris nipis,
5. Apabila naik bau dan bawang telah layu, masukkan rempah, campuran serbuk kari bersama bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi serta daun pandan dan daun kari.
6. Kacau sehingga bahan-bahan tersebut pecah minyak. Kemudian curahkan santan. Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih.
7. Apabila kuahnya mendidih, masukkan kepala ikan, tomato hancur, dan juga terung bulat. Tutup periuk dan masak sehingga semua bahan empuk.
8. Setelah bahan tersebut empuk, masukkan cili, tomato, air asam jawa, bahan-bahan perasa. Masak untuk beberapa ketika lagi supaya semua bahan sebati.
9. Aroma rempah ratus kari kepala ikan pastinya memikat selera. Selamat menikmati hidangan!