fbpx

Wanita Ini Kongsikan Resepi Kek Span Marble Yang Mudah Tapi Sedap. Cantik Kejadiannya!

iCookAsia

Kalau ada dessert selepas makan mesti best kan? Buat Kek Marble pun sedap juga ni. Apa kata anda cuba resepi yang dikongsikan oleh pengguna Facebook ini, mudah sahaja tapi sedap rasanya. Wanita juga kongsikan cara melorek supaya cantik kejadiannya.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Nuraisyah Ahmad perkongsian resipi Kek Span Marble ini 🙂

Bahan-bahan:

3 biji telur

1/2 sudu ovalette

3/4 cawan gula

1/2 cawan minyak

1 cawan tepung

1/2 sudu baking powder

Esen vanila (Boleh guna pandan)

Pewarna pilihan

Cara membuat:

  1. Mula-mula, pukul telur, gula, ovalette hingga naik kembang.
  2. Kemudian, masukkan minyak dan esen. Mix kan ia lagi.
  3. Tutup mixer dan masukkan tepung dan baking powder. Kaup balik menggunakan senduk.
  4. Seterusnya, ambil 2 sudu dari adunan, letakkan dalam 3 mangkuk berlainan untuk diwarnakan. Kemudian lorek.
  5. Gunakan loyang 6, bakar pada suhu 170 selama 20 minit menggunakan api atas bawah, kemudian tukar suhu 140 bawah sahaja lagi selama 20 minit. Pastikan follow suhu ni untuk dapatkan permukaan kek yang cantik.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nuraisyah Ahmad(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x