fbpx

Wanita Ini Kongsikan Resepi Jualan, Mee Kari. Membuka Selera Makan Ni

iCookAsia

Menu mee kari akan menjadi sedap bila penuh dengan lauk pauk. Memang nikmat betul dapat makan hidangan ini. Tapi kalau buat sendiri lagi best, dapat tambah banyak kali. Baru puas makan dengan rasa yang sedap.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Shafiqah Abd Razak perkongsian resipi Mee Kari ini 🙂

Bahan-bahan:

450 g mee kuning-2 paket (celur dan toskan)

Rempah kari daging brand babas (2 paket kecil)

Ayam separuh (potong kecil)

Udang 10 ekor (gunting ekor dengan kepala sikit dan celur sekejap)

Santan kara 500 ml (1 kotak)

Halia besar ibu jari (blend)

3 batang serai (blend)

3 biji bawang merah besar  (blend)

5 ulas bawang putih (blend)

15 tangkai cili kering tidak pedas -anggaran (rebus dan blend)

4 sekawan

Minyak masak

Fishball (belah dua)

Fish cake (hiris ikut suka)

Kacang panjang (celur dan toskan)

Secukup rasa

2 keping asam keping

Telur rebus (belah dua)

1 sudu kecil gula pasir

Cili api merah (hiris)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan minyak dalam periuk yang sesuai.
  2. Masukkan 4 sekawan dan bahan-bahan blend tadi. Masak sehingga naik bau.
  3. Masukkan rempah yang sudah dibancuh dengan air. Kacau-kacau. Masukkan cili blend. Masak sampai pecah minyak.
  4. Masukkan ayam yang sudah dipotong dan basuh tadi. Masukkan air sampai atas ayam itu terendam.
  5. Masukkan fishball dan fish cake.
  6. Kemudian, apabila sudah mendidih, masukkan secukup rasa ikut tekak masing-masing dengan gula 1 sudu kecil sahaja. Masukkan asam keping dua keping.
  7. Masukkan santan, apabila sudah masuk santan, pastikan tidak stop kacau nanta santan pecah dan tidak cantik kuah kari kitu. Jika sudah dalam 15 minit, boleh tutup api.
  8. Akhir sekali, boleh hidang bersama mee yang sudah celur tadi, kacang panjang celur dan siramkan kuah serta cili api potong, telur rebus dan bawang goreng. Jika ada udang celur, boleh letak sekali. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Shafiqah Abd Razak(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x