fbpx

Vadai

iCookAsia

VADAI 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  1. 250 gram kacang dhal ( direndam semalaman bersama 600ml air)

  2. 2 tangkai cili merah 

  3. 1 biji bawang besar

  4. 1 tangkai daun kari 

  5. 1 sudu kecil jintan manis

  6. Sedikit garam

  7. Minyak masak untuk menggoreng

Cara menyediakannya:

  1. Mula-mula kisar kacang dhal yang telah direndam separa halus di dalam mesin pengisar. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk.

  2. Cincang cili merah, bawang besar dan daun kari. Campurkan ke dalam mangkuk kacang dhal tadi. Tambahkan jintan manis dan sedikit garam.Gaul sebati.

  3. Seterusnya panaskan minyak untuk menggoreng di dalam kuali.

  4. Sementara menunggu minyak panas, adunan yang telah sebati tadi dikepal sebesar bola pingpong, ditekan sedikit leper dan dimasukkan ke dalam minyak panas. Ulangi langkah ini untuk seluruh adunan.

  5. Goreng sehingga keemasan, angkat dan  toskan minyaknya. Vadai sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x