Ramadan semakin dekat menghampiri, selepas itu sambutan raya Aidilfitri pula. Tak sampai dua bulan lagi kan? Jadi inilah masa yang cukup sesuai untuk mengamalkan diet untuk menurunkan berat badan.
Menu yang dikongsikan Nora Azni ini diamalkan sendiri olehnya dan suami. Hasilnya kedua-duanya dapat mengurangkan berat badan sehingga 10 kg hanya dalam masa sebulan.
Assalamualaikum. Siapa kata bila kita diet tak boleh makan nasi, tak boleh makan sedap-sedap? Dekat bawah tu semua menu suku suku separuh saya dan suami.
Jemput lah tengok ye, ade resepi jugak dekat caption gambar.
Alhamdulillah saya dah turun 6kg, suami pula 10kg dalam masa sebulan. Masih jauh lagi perjalanan kami.
1. Tortilla wrap
– Isi ayam perasakan dengan blackpepper dan garam, grill dalam kuali. Dah masak. Potong-potong sikit)
– Tomato ceri belah 2.
– 2 biji bawang merah kecil didadu.
– 2 helai salad dipotong biasa.
– 1 sudu kecik mayonis
– Chili flakes
– Blackpepper
Gaul semua bahan tadi, ayam, tomato, bawang, salad, mayonis, chili flakes dan blackpepper.
Balutkan guna tortiIlla, dan panaskan diatas pan sekejap.
2. Resepi salad telur rebus
– Salad lettuce yang hijau dan purple gelap. Potong besar, basuh bersih dan toskan air.
nye.
– 2 biji telur rebus sampai masak, kupas kulit dan belah 4.
– 1 batang timun jepun size kecil (potong)
– Tomato ceri belah 2.
– Dalam 1 mangkuk, masukkan salad, timun jepun, tomato, chili flakes, blackpepper dan sedikit whitepepper. Gaul lembut-lembut sampai sebati.
– lepas tu susun telur rebus cantik-cantik.
3. Resipi roti telur cheese microwave
– 4 keping roti wholemeal purple.
– Susun elok atas pinggan, tekan bahagian tengah dengan jari atau sudu.
– Kemudian, pecahkan telur ditengah-tengah roti. Guna telur gred c. Kecil sikit. Pecahkan telur kuning kalau suke.
– 2 keping cheese, belah 2,guna separuh je untuk sekeping roti. Susun-susun cheese tepi telur.
– Taburkan pepper dan chili flakes.
– masukkan dalam microwave.. Tekan mase dalam seminit setengah, atau sampai telur masak bergantung pada microwave masing-masing.
4. Potato chicken salad.
– Potato ni beli kat pasar malam je 10 biji kecik comel-comel. Belah 2 dan rebus sampai empuk.
– Dah masak toskan dan biarkan sejuk.
– Rebus isi ayam. Dah masak carik-carikka. Isi nye.
– Dalam mangkuk, masukkan potato, ayam, tomato ceri belah 2, garam, blackpepper dan chili flakes. Gaul sebati. Siap
– Makan sejuk pon sedap.
5. Telur hancur cendawan butang/shiitake
– 2 biji bawang putih cincang
– 4 biji Cendawan (hiris nipis)
– 3 biji telur( pecah dalam mangkuk dan tambah sedikit garam, kacau)
Panaskan pan, tambah 1 sudu kecil butter, masukkan bawang putih.
Lepas tu masukkan cendawan. Tambahkan chili flakes dan blackpepper.
Last sekali masukkan telur.. Kacau-kacau selalu.. Masak sekejap je..
Telur dah masak angkat terus letak dalam pinggan.
Boleh makan saje, dengan roti tau tortilla.
Sedap tau.
6. Scramble egg salad
– 2 biji telur, kacau-kacau dan tambah sedikit garam.
– Panaskan pan, saya guna yang nonstick.
– Tambahkan setengah sudu butter, masukkan telur. Sentiasa kacau dari tengah ketepi. Masak sekejap je.
– Basuh dan susun salad, sudukan telur hancur ke dalam salad, perasakan dengan chili flakes dan blackpepper.
– Letak tomato yang dibelah 2, (optional)
7. Roti baguette tu potong dua sapu butter dan tabur oregano. Panaskan sekejap je dalam pan.
Rebus 2 biji potato yang dah dipotong dadu. Rebus dengan sedikit garam.
Bila dah masak toskan dan sejukkan sekejap, tambah 1 sudu kecil butter, oregani, chili flakes dan pepper. Kacau-kacau sebati.
8. Resipi tortilla telur dadar.
– 2 keping tortilla.
– 3 biji telur. Pecahkan dalam mangkuk dan tambahkan sedikit garam.
– Panaskan kuali, saya guna yang nonstick.
– Tuang separuh telur. (dalam pan tu telur jadi bulat.
– sementara telur masak, cepat taburkan sedikit chili flakes dan sedikit pepper.
– Lepas tu letak tortilla atas telur. Telur tu akan melekat dengan tortilla.
– Terbalikkan dan lipat dua dan angkat. Dah siap.
9. Roti bakar dengan pan, sebelum bakar sapu sedikit butter.
Resepi telur hancur.
– 2 biji telur, kacau-kacau dan tambah sedikit garam.
– Panaskan pan, saya guna yang nonstick.
– Tambahkan setengah sudu butter, masukkan telur. Sentiasa kacau dari tengah ketepi. Masak sekejap je.
– dah masak tabur pepper dan chili flakes.
10. Breakfast platter untuk 3 orang makan.
– 2 keping tortilla potong segitiga
– Beef Pepperoni
– Beef salami
– Cheddar cheese
– Salad
– 2 biji telur (goreng mata kerbau separuh masak)
– Tomato ceri belah 2,grill sekejap dalam pan.
– 6 keping roti baguette (yang panjang keras tu) potong dan titiskan olive oil.
– Sedikit sos cheese
Susun kan cantik dalam pinggan, cara makan ambik tortilla, letak Pepperoni, letak cheddar cheese, letak tomato. Masuk mulut.
11. Resipi scramble egg mudah
– 2 biji telur dan sedikit garam. Kacau-kacau sebati. Panaskan kuali letakkan sedikit butter (saya guna butter olive bekas hijau).
Masukkan telur, kacau-kacau tengah dan tepi nye supaya tak menjadi telur dadar. Masak sekejap je.
Dah siap terus letakkan telur ke dalam pinggan, taburkan chili flakes, dan sedikit Blackpepper atau whitepepper.
Tomato ceri belah dua, dah grill je sekejap dekat dalam kuali.
Scramble egg ni boleh makan dengan roti, boleh balut buat isi wrap, boleh makan dengan salad jugak.
12. Nasi ayam thai mudah
– Rebuskan air, masukkan serai, lengkuas, bawang putih, akar ketumbar dan garam.
– Basuh bersih ayam, tak kisah bahagian mana. Masukkan ayam kedalam periuk. Rebus sehingga masak.
– Dalam periuk nasi, basuh beras sampai bersih. Saya guna beras perang(kat rumah takde beras putih) nak guna beras putih pon boleh.
– Masukkan air Rebusan ayam dalm periuk nasi tadi, Letak dan susun ayam sekali. Masak macam biase sampai nasi masak.
Sesekali kacau.
-Siap nasi dengan lauk.
🌼Resepi sos untuk ayam
– Guna lesung batu ye. Masukkan 5 biji cili padi merah, 3 biji cili padi hijau, sedikit belacan, 4 ulas bawang putih. Tumbuk lumat.
– Dah lumat, tambah 1 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar sos ikan, 4 sudu air rebusan ayam. Kacau-kacau guna lesung.
– resepi sos ni letak gula, tapi saya cut gula. Tak letak gula.
– last sekali masukkan daun ketumbar.
– dah siap.
Ulam nasi ni, daun kobis, timun batang dan tomato.
13. Ayam bakar geprek.
– Isi ayam perapkan dengan sedikit garam dan kunyit. Dibakat guna pemanggang ajaib.
– Cili padi merah 5 biji, 6 biji tomato ceri, sedikit belacan dan 2 biji bawang merah kecil.
– Panaskan kuali, tambah 1 sudu kecil olive oil. Gorengkan sekejap cili, tomato, belacan dan bawang merah.
– Lepas tu, masukkan dalam lesung, tambah sedikit garam. Tumbuk.
– Dah siap. Boleh letakkan atas ayam bakar tadi.
14. Nasi beras perang, cecaru bakar air asam pekat dan ulam bendi celur, timun batang
15. Nasi beras perang, Tilapia bakar air asam, ulam pegaga tumis, bendi celur dengan kacang panjang.
16. Nasi beras perang, kerabu ikan bilis, udang rebus air asam, sayur tumis olive oil dan timun batang.
17. Nasi beras perang, ikan talapia bakar air asam, ulam hijau dengan timun batang.
18. Nasi beras perang, ikan talapia goreng, udang kari dengan rebung.. Tak amik kuah. Sambal mangga dengan ulam
19. Nasi beras perang, kerabu ikan bilis, telur dadar tanpa minyak, sayur brokoli dan carrot rebus
20. Nasi beras perang, ikan tongkol singgang, kobis goreng telur, ulam timun batang kacang panjang.
21. Nasi beras perang, ayam goreng berempah, sayur kobis tumis dengan sedikit olive oil, timun batang. Sambal mangga
22. Nasi beras perang, kerabu kerang rebus gaul air asam, ayam bakar, ulam toge dan terung.
23. Nasi beras perang, cencaru bakar sambal, ulam hijau tak tau nama, timun batang.
24. Nasi beras perang, ayam bakar, kerabu bilis, terung bakar dan ulam raja.
25. Nasi beras perang, daging bakar air asam, ikan masin goreng, sayur air bayam.
26. Nasi beras perang, ikan selar bakar air asam dan sayur toge tumis.
27. Nasi beras perang, cencaru bakar sambal dan ulam selom.
28. Nasi beras perang, ayam bakar, sambal mangga muda, sayur tumis dengan Olive oil dan timun batang.
29. Nasi beras perang tabur budu dan cili padi, ikan caru bakar, sayur pucuk paku tumis olive oil, tomato.
30. Nasi beras perang, ayam berempah goreng, sayur air kobis suhun.. Tak amik kuah, sambal belacan ulam timun.
31. Nasi beras perang, sup ayam(tak amik kuah), sawi tumis dan sambal mangga.
32. Nasi beras perang tabur budu, ikan tongkol bakar dan ulam taugeh hijau, petai, timun, tomato.
33.Nasi beras perang, ayam bakar chili flakes, ulam rebus jagung muda, terung denga. Sayur taugeh hijau tumis dan air asam.
34. Nasi beras perang, udang rebus dengan air asam, ulam taugeh hijau, tomato dan timun batang.
35. Nasi beras perang, ikan selar rebus, sambal lada cuka dan ulam petai masak, pucuk gajus, timun batang.
36. Nasi beras perang, talapia bakar air asam dan cauliflower rebus tabur pepper.
37. Nasi beras perang suku, cencaru bakar, bendi goreng telur, sambal belacan dan buah oren.
38. Sayur grill biase guna olive oil 1 sudu kecil. Ikan talapia goreng. Sekali sekala goreng takpe.
39. Telur mata kerbau letak atas roti.
– Guna nonstick, pecahkan telur 2 biji dekat-dekat.
– Goreng separuh masak, angkat dan letak atas 2 keping roti yang disusun elok dalam pinggan.
– Taburkan chili flake dan whitepepper. Siap.
Yang panjang tepi tu cheddar stick.
Sumber : Nora Azni