Setiap kali masak tomyam mesti tak menepati ciri-ciri seperti kedai tomyam Thailand kan. Kadang kala semua bahan cukup, tapi seperti ada yang tidak lengkap. Apa agaknya ya?
Dah, tak payah nak tertanya-tanya lagi. Ikut sahaja langkah yang ditunjukkan dalam video Tomyam Poktek, hasilnya cukup umphhh. Tomyam ada pelbagai jenis tau, Tomyam Poktek berbeza daripada tomyam biasa kerana susu cair atau santan akan ditambah ke dalam kuah, dan mencampuran pelbagai jenis makanan laut seperti cebisan ikan, sotong, kupang dan udang.
Dan sekadar tambahan, Perkataan Tom Yam itu sendiri bermaksud air rebusan yang terdiri dari pelbagai campuran bahan dan juga rempah. Maka tidak hairanlah dalam hidangan Tom Yam terdapat pelbagai jenis bahan.
Bahan-bahan:
1 ketam bunga (di potong 2 dan dibersihkan)
6 udang saiz xl (dibelah belakang dan dibersihkan)
4 sotong saiz sederhana ( dibersihkan dan dipotong)
200 gm lala
1 labu bawang besar (dipotong wedges)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 inci halia (diketuk)
1 inci lengkuas (diketuk)
2 batang serai (diketuk)
3 jagung muda (dibelah dua)
150 gm kecil bunga kobis (dipotong mengikut citarasa)
150 gm lobak merah (dipotong serong)
⅓ capsicum (dipotong segitiga)
50 gm cendawan semeiji (cendawan jepun)
½ biji tomato (dibelah 6)
5 helai daun limau purut
2 biji limau nipis (diambil jus nya)
Cili padi (ikut tahap kepedasan)
3 sudu besar pes tomyam
1 sudu besar puri tomato
1 sudu besar sos ikan
750 ml air
150 ml susu cair SAJI
Garam dan gula secukup rasa
Cara:
1. Masukkan air ke dalam periuk kemudian masukkan pes tomyam dan puri tomato, kacau sehingga sebati.
2. Masukkan bawang, bawang putih, halia, lengkuas dan serai yang telah diketuk kemudian di ikuti dengan daun limau purut.
3. Setelah mendidih, masukkan sayur-sayuran (bunga kubis, lobak merah dan jagung muda).
4. Masukkan makanan laut, kacau dan biarkan seketika.
5. Masukkan capsicum, cili padi, sos ikan dan jus limau nipis.
6. Masukkan susu cair SAJI , kacau sebati dan tambahkan garam dan gula secukup rasa.
Tom Yam Poktek siap untuk dihidangkan.
Nak beli barang dapur yang berkualiti? Jom shopping di https://shop.icookasia.my/