Bila sebut je tentang masakan gulai, mesti ramai yang suka, sama ada gulai ikan ke gulai ayam ke gulai udang ataupun gulai daging. Admin dengar pun dah terliur ni. Apatah lagi kalau dapat makan dengan nasi panas-panas memang sedap. Kalau orang Terengganu, tambah je budu dicampur dengan cili, lagi mantap rasa dan kelazatan juadah tu.
Bukan itu sahaja tau, ada sahaja orang yang suka makan gulai ni macam itu sahaja pun dah sedap. Tambah pula dengan ada nya kacang bendi, lagi nikmat untuk sesiapa yang memang sukakan sayuran. Tapi sebenarnya, ada cara yang boleh menampakkan gulai itu untuk lebih cantik. Nak tau tak apa tips dia?
Jom Admin share.
Terima kasih Darlila Razali untuk perkongsian tips untuk gulai nampak lagi cantik ini 🙂
Cara-cara:
- Â Pertama sekali, perlu tumis rempah kari dan serbuk cili tapi tanpa perlu bancuh dengan air.
- Â Seterusnya, tunggu sehingga rempah dah nampak garing.
- Â Kemudian, baru masukkan air sedikit demi sedikit.
Senang je kan? Walaupun rasa sesuatu masakan itu penting, tapi presentation makanan itu penting juga tau, serta-merta akan membuatkan kita makin nak makan.Â
Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit tips dan gambar: Darlila Razali(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos