Menurut Raini Adnan, untuk membuat burger Malaysia, gunakan sahaja resipi yang ada, cuma jika inginkan doh yang sangat lembut, tukar langkah.
Masukkan semua adunan kecuali yis. Satukan semua adunan dan pukul dalam 20 minit. Masukkan doh dalam peti ais selama 30 minit. Kemudian pukul semula doh dan baru masukkan yis dan uli sehingga nampak berkilat.
Jika menggunakan bread improver atau bread softenet, gunakan salah satu sahaja. Saya menggunakan bread softener sahaja dan hasilnya doh sangat lembut. Doh akan sedikit melekat pada tangan. Sapukan minyak pada tangan dan terus roundingkan doh.
Dan untuk mengelakkan doh tertonggeng sewaktu menggoreng, tipsnya adalah selepas rounding. Susun dalam tray dan selepas 15 minit tekan manja supaya ada tapak. Jadi bila digoreng, doh tak tergelincir.
Kredit resipi & foto : Raini Adnan
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/