Memang senang sahaja kalau bab menggoreng ni terutamanya menggoreng ikan bilis. Hanya perlu letak minyak dan goreng. Tapi korang tahu tak macam mana nak kekalkan kerangupan asli ikan bilis tu?
Senang sahaja, tidak perlu bahan yang banyak pun. Yang penting, nikmat apabila kita makan walaupun makan begitu sahaja. Jom Admin tunjuk tips nya.
Terima kasih Hajar Ibrahim untuk perkongsian tips Ikan Bilis Rangup ini 🙂
Bahan-Bahan:
Ikan Bilis
Asam Keping
Cara-cara:
- Pertama sekali, goreng ikan bilis dan letakkan asam keping.
- Angkat ikan bilis apabila minyak sudah kurang berbuih.
- Siap untuk dihidang dan confirm rangup.
 Senangkan? Lagi sedap jika makan dengan nasi panas.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit tips dan gambar: Hajar Ibrahim(TikTok)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos