Santan merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam masakan. Misalnya, ia digunakan dalam beberapa jenis lauk seperti Ayam Masak Lemak Cili Padi, Ketam Lemak Nanas dan Lemak Kuning Daging Salai. Masakan bersantan ini merupakan kegemaran rakyat Malaysia kerana ia akan menyedapkan lagi sajian yang dihidangkan dengan rasa yang berlemak masin.
Apabila anda nak dapatkan santan pula, ada pelbagai jenis iaitu santan fresh, santak kotak dan santan serbuk. Tapi tahukah anda bahawa setiap santan mempunyai perbezaannya yang tersendiri? Jom Admin share.
Penggunaan:
Santan Kotak
- Santan KARA pekat. Ia sesuai untuk masakan berkuah kerana teksturnya yang kental dan susah pecah minyak. Bagi beginner yang belum mahir masakan berkuah santan sesuai guna ini sebab tiada masalah santan pecah minyak dan berketul. Ayam brand dan M&S cair sikit, kena lebihkan kuantiti santan berbanding kara. Namun begitu, ketiga-tiga nya menghasilkan rasa yang sedap.
- Untuk rendang, santan KARA susah pecah minyak kerana ia pekat. Jadi, kena lebihkan air atau tumis dulu. Kalau guna daging yang berlemak, tidak perlu tumis sebab lemak tersebut akan keluar minyak.
- Kalau nak guna kara untuk pulut bersantan, pastikan untuk cairkan dahulu dengan air panas. Ia akan susah sebati sewaktu nak gaul dengan pulut dan akan jadi bergumpal. Untuk Ayam Brand dan M&S, boleh terus gaul dan senang larut sebab lebih cair.
Santan Fresh
- Untuk santan fresh pastikan untuk terus masukkan ke dalam chiller atau freezer selepas beli. Kalau kuantiti yang banyak dalam 1 pek (contohnya 1 kg) ada juga kemungkinan akan basi kalau lama dalam chiller sebab bahagian tengah bungkusan lambat sejuk dan yang akan sejuk dulu bahagian keliling plastik. Anda harus timing kan waktu penggunaan. Pastikan untuk ambil kira juga berapa lama ia sudah berada pada suhu luar. Jadi sebaiknya beli barang lain dahulu sebelum santan.
- Santan fresh yang sudah beku, kalau mahu guna untuk rendang dan nasi lemak, terus masukkan sahaja tanpa perlu tunggu ia cair.
- Santan fresh yang beku kalau nak buat masakan berkuah, kena rendam dalam bekas berisi air dahulu, apabila sudah cair baru guna. Kalau tidak kuah akan menjadi pecah minyak. Cara lain dengan blend santan beku bersama air suam.
Santan Serbuk
- Santan serbuk sedap untuk buat puding, agar-agar bersantan, kek dan nasi lemak. Rasanya agak creamy dan lebih aroma santan. Yang ada perasa pandan sangat sedap untuk nasi lemak.
- Santan serbuk adalah penyelamat masakan yang sudah tercair. Tabur terus dalam kuah tapi api kena kecil sahaja, tabur setempat jangan merata nanti susah nak kacau bagi larut. Kalau tidak yakin, cedok sedikit kuah dalam bekas, masuk serbuk dan kacau sampai larut dahulu baru tuang balik. Cucur jagung atau cucur durian yang sudah tercair bancuhan, tabur terus serbuk.
- Santan serbuk lebih murah. Selepas guna, jika tidak habis satu paket, bakinya boleh disimpan lama walaupun sudah expired. Gulung elok-elok dan ikat getah atau kepit dengan lip dan simpan di chiller.
Tips:
- Kalau rajin buat santan sendiri, boleh beli kelapa parut putih, blend kan, tapis dan bekukan dalam bekas yang kecil-kecil. Kalau kelapa parut yang tidak putih semua, baki mendapan akan menyebabkan santan keruh sikit. Tapi bukan masalah besar untuk semua menu kecuali ketupat. Apabila masak pulut dengan santan, jangan tuang sampai habis santan yang keruh bahagian bawah, nanti rupa ketupat jadi lebih gelap dan berbintik hitam pada pulut.
- Untuk santan beku, kalau nak tahu cair atau tidak, tengok bahagian mendapan di bawah. Kalau bahagian ais tu banyak, santan itu cair bila larut. Kalau nak santan yang pekat, bahagian ais beku itu lalukan bawah air paip dan tinggalkan yang pati sahaja.
- Santan fresh kalau nak uji bertepung atau tidak, cedok sikit letak dalam kuali, kalau cair ia akan jadi minyak yang tiada tepung. Kalau jadi lempeng, bakinya tambah garam terus melempeng sampai habis. Boleh buat gulai ayam.
Kredit: Ummi Syuhada(Facebook)
Semoga bermanfaat untuk anda semua! 😉
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos