fbpx

Terung Goreng Tepung, Resepi Unik dan Sedap.

iCookAsia

Selalu kita dengar peria goreng tepung, bayam goreng tepung, kali ini admin nak share resepi Terung Goreng Tepung pula. Sambil bekerja dari rumah tu, kita mesti nak masak yang simple tapi sedap kan. Jom cuba.

Terima kasih Zaharah Mazrul untuk perkongsian resipi Terung Goreng Tepung ini 🙂

Bahan-bahan:

Terung

Garam

Tepung bestari

Minyak untuk menggoreng

Cara memasak:

  1. Potong terung macam dalam gambar.
  2. Taburkan garam halus sikit pada setiap terung tu dan perapkan dlm 10 minit.
  3. Selepas perap (akan keluar air dari terung), lapkan terung dengan tisu untuk bagi kering sikit.
  4. Celup terung dalam tepung bestari dan boleh goreng. Pastikan minyak cukup panas baru goreng.

Untuk dapatkan hasil gorengan yang mantap dan tanpa melekat pada kuali, anda boleh gunakan Shefu 28cm Ceramic Marble Coating Double Handle Wok with Lid

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zaharah Mazrul (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x