fbpx

Terliur Dengan Jagung Rebus Susu Cheese, Cara Nak Buat Pun Mudah Aje.

iCookAsia

Buat peminat jagung, jika selalu korang hanya merebus dan salutkan dengan marjerin dan garam, apa kata kali ini tukar selera dengan sedikit sentuhan susu dan cheese. Memang terliur.

Terima kasih Hanis Mustafar atas perkongsian resipi.

Bahan :

6-8 tongkol Jagung

1 tin Susu sejat (cair)

4-5 sb Susu pekat

4 sb Butter

3 keping Cheese

Secubit garam

 

Cara :

  1. Rebus dahulu jagung dan potong tiga setiap tongkol. Rebus selama 10 minit sahaja, jika tidak isinya tidak sedap. Tutup periuk.
  2. Selepas rebus, masukkan susu sejat dan susu pekat. Air rebusan tidak perlu dibuang.
  3. Masukkan secubit garam dan butter.
  4. Kemudian masukkan pula kepingan keju. Masukkan tiga keping sudah mencukupi, jika tidak cepat muak.
  5. Kacau rata sentiasa balik-balikkan jagung supaya menyerap sebati.

Kredit resipi & foto : Hanis Mustafar

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x