fbpx

Tempoyak Daun Kayu. Ratah Macam Tu Pun Sedap.

iCookAsia

Masakan orang Negeri Sembilan ini sedapnya lain macam kan? Walau hanya menggunakan bahan yang ringkas, namun keenakkannya terasa sampai ke hati. Macam masakan tempoyak daun kayu ini, walau sekadar ulam-ulaman sebagai bahan utama, namun tidak perlu lauk lain sebagai gandingan pun tak mengapa. Tapi kalau ada ikan goreng, makin bertambahlah nasi.

 

Bahan kisar :

Ikan bilis

Cili padi

Kunyit

 

Bahan – racik halus:

Daun kunyit

Daun kaduk

Serai

Pucuk ubi

Pucuk labu

 

Bahan lain :

Tempoyak

Petai

Santan pekat

Udang

Garam

Gula

Cara :

  1. Panaskan kuali dan masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Tak perlu masukkan minyak.
  2. Selepas itu, masukkan serai dan gaul rata.
  3. Masukkan pula tempoyak dan gaul rata. kemudian masukkan santan pekat. Kacau sebati.
  4. Masukkan semua daun yang telah diracik.
  5. Dan masukkan petai, gaul rata. Tutup periuk untuk melembutkan semua ulam-ulaman dan supaya bahan serasi.
  6. Akir sekali baru masukkan udang dan tutup periuk sebentar. Jangan masak udang terlalu lama.
  7. Perasakan dengan garam dan gula.

Kredit resipi & foto : Lyana Aqilah

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x