fbpx

Telur Dadar Gaya Orang Sepanyol Memang Sedap

iCookAsia

Dalam English kita panggil hidangan ini “Fritata Spanish Omelette” atau “Spanish Fritata”. Secara asasnya, Spanish Fritata ini adalah telur dadar yang di tambah dengan pelbagai sayuran and ramuan lain seperti cendawan, tomato, capcisum, dan sebagainya. Menu ringkas daripada Chef Saf ini mudah dan cepat untuk disediakan.

Bahan-bahan:
4 biji telur
12g keju Cheddar
2 sudu besar krim keju
150g ubi kentang – potong dadu
1 cili merah – dihiris
10g daging (beef bacon)
2 tbsp Cooking oil
2 batang daun bawang – dihiris
4 sudu besar susu
Garam
Lada hitam
Sos cili

Cara membuat:
1. Panaskan minyak masak dan goring kan ubi entang hingga perang. Masuk kan garam
dan lada hitam secukup rasa.
2. Sementara itu, sedia kan campuran telur , garam, lada hitam dan susu dan pukul hingga
sebati.
3. Masukkan daging dan cili merah ke dalam kuali bersama ubi kentang dan masakkan
seketika hingga naik bau.
4. Masukkan daun bawang dan campurang telur tadi. Masakkan seketika.
5. Letakkan keju Cheddar dank rim keju atas telur dadar. Masakkan seketika
6. Terbalik kan telur dadar dan masak lagi.
7. Hidangkan terlu dadar Fritata denagn krim keju dan cili sos sedia untuk dimakan!

 

Nak beli barang dapur yang berkualiti? Jom shopping di https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x