Tauhu berlauk, menu yang cukup sesuai untuk anak-anak yang sedang membesar. Praktikkan sepenuhnya air tangan ibu untuk membuat ‘finger food’ anak-anak dan elakkan makanan proses yang memberi kesan tidak baik kepada tubuh badan
Jelas pemilik resepi ini, Lynn Riduan Koo, selain ayam, pelbagaikan resepi dengan menggunakan daging atau udang.
Bahan kisar :
4 keping tauhu biasa
2 batang tauhu telur
2 biji telur
Sedikit air ((mama selalu sukat tadah air pakai tangan mcm nak amik wudhuk tu)
Bahan A :
Daging kisar/isi ayam kisar (goreng tanpa minyak)
Bawang merah (hiris)
Lobak merah (hiris)
Daun bawang (hiris)
Daun sup (hiris)
Cili besar merah (hiris) – elakkan letak sekiranya dihidangkan untuk anak-anak
Lada hitam (kisar)
Lada putih (kisar)
Serbuk bawang putih
Bahan perasa
Sedikit gula
Bahan celup
Telur (pecahkan)
Cara :
1. Campurkan kesemua bahan A bersama bahan kisar dan gaul rata.
2. Masukkan bahan yang telah digaul ke dalam bekas tuppeware kecik2 (tengok contoh pada gambar)
3. Sila isi penuh-penuh sebab dah kukus nanti dia akan menurun.
4. Kukus selama 20 minit.
5. Angkat dari kukusan dan tunggu sejuk kemudian keluarkan dari bekas
6. Boleh bekukan atau terus goreng
7. Celup dengan telur kemudian goreng sehingga garing bertukar warna.
8. Nikmati dengan sambal kicap
Resepi Sambal Kicap
Cili padi
Bawang putih seulas (bakar sehingga hitam)
Gula
Kicap manis
Sumber : Lynn Riduan Ko