Kebiasaanya, untuk membuat Pulut Tanak ini agak leceh jika menggunakan teknik kukus. Tapi tahukah anda, dengan menggunakan Low Pressure Cooker daripada SHEFU ini, proses memasak menjadi lagi mudah dan cepat. Jom tengok cara Chef Lin masak!
Bahan Pulut:
2 cawan pulut, direndam 1 jam
2 helai daun pandan, disimpulkan
1-3/4 cawan air
1/4 cawan santan (kotak)
2 sudu kecil minyak
1-1/2 sudu kecil garam
Cara Memasak:
1. Masukkan semua bahan ke dalam Low Pressure Cooker.
2. Tutup dan masak selama 5 minit atas api sederhana perlahan.
3. Buka penutup, kacau rata.
4. Tutup dan masak lagi atas api perlahan selama 5 minit.
5. Biar 5 minit sebelum buka penutup dan kacau.
Dapatkan produk SHEFU ‘Low Pressure Cooker’ di https://shop.icookasia.my/