Untuk resipi Kuah Laksa perkongsian Siti Nadwa Rozali, cabai melaka turut digunakan bagi menambahkan aroma dan wangi kuah laksa.
Tidak susah pun nak membuat kuah laksa, tetapi jangan lupa kisar isi ikan beberapa kali supaya kuah bersih daripada tulang ikan yang halus. Kuah lebih enak jika tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
Bahan :
1 kg Ikan kembong
3 labu Bawang besar*
Belacan – saiz ibu jari*
Cabai kering – rebus dan kisar
Cabai melaka
Asam keping
Daun kesum
Bunga kantan
Cara :
- Rebus ikan kembong dan asingkan isi dan tulang. Jangan buang air rebusan tadi. Gunakan untuk mengisar isi ikan. Kisar isi ikan beberapa kali supaya isi halus dan tapis berulang kali supaya kuah bebas daripada tulang.
- Kisar bahan bertanda *.
- Cabai kering direbus dan dikisar dan gunakan 5 sudu besar. Jika sukakan pedas boleh tambah. Jangan lupa tambahkan dua biji cabai melaka untuk kuah lebih wangi.
- Masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan.
- Perasakan dengan garam, perasa dan sedikit gula.
- Masak sehingga mendidih dan siap untuk dihidang.
Kredit resipi & foto : Siti Nadwa Rozali
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/