fbpx

Tak Perlu Susah Di Dapur. Ini Dia 5 Petua Mudah Untuk Kurangkan Beban Di Dapur!

iCookAsia

Melalui cara ini, dapat kurangkan bebanan tenaga dan masa duduk di dapur.

Pagi petang siang malam memasak. Barang-barang dan bahan pun berterabur tak tahu nak simpan dekat mana, supaya lebih kemas dan teratur. Baru sedap mata memandang.

Banyak yang boleh dibuat untuk melancarkan kerja seharian di dapur.

Boleh tengok perkongsian oleh seorang wanita Qir Shakirah Abu Bakar atas petua dapur untuk mudahkan kerja.

1. Siang sisik ikan dengan cara paling mudah tanpa terpercik merata-rata!

Macam mana nak buat? 

Pertama sekali, ikan perlu direndam ke dalam air dan siang sisik. Tapi pastikan sisik ikan tidak terpercik merata tempat. Lagi mudah dengan cara ini. 

2. Cara nak elak ikan supaya tidak melekat ketika digoreng

Yang ini mesti ramai yang sudah tahu tapi kita kongsikan ya.

Pastikan minyak betul-betul panas dan boleh masukkan beberapa kepingan asam ke dalam minyak gorengan. 

Baru tak melekat pada kuali!

3. Boleh ikut cara ni untuk hilangkan rasa pijar pada tangan

Ada tiga cara yang boleh dicuba untuk hilangkan pijar tangan. Selalu terjadi kalau terpegang cili padi, rasa panas tiba-tiba. Boleh cuba tips ni!

Pertama sekali, boleh rendamkan dalam air suam yang dilarutkan bersama dengan garam kasar selama 10 minit.

Kemudian, boleh cuba sapu tangan dengan soda. Atau, rendam tangan dalam air rendaman asam jawa atau asam keping. 

Coconut with coconut milk and leaves, isolated on white

4. Beli santan tapi cepat basi? Try tips ini.

Jangan membazir!

Bila dah ada stok santan untuk memasak tu, masukkan sedikit garam atau basahkan surat khabar dan balut. Baru simpan dalam freezer.

5. Ini cara terbaik kalau nasi masih mentah.

Jangan tambah air!

Letakkan secawan air panas ke dalam periuk nasi dan masukkan dengan cawan sekali ya. Tunggu sehingga nasi masak.

Ada tips ini, mudah sikit kerja di dapur. Boleh lah cuba di rumah. Jimat masa dan tenaga!

Kredit tips: Qir Shakirah Abu Bakar(Facebook)

Ada ni di rumah pun okay juga, kemudahan yang diperlukan ni: Meh tengok sini: https://shope.ee/2VSYLeGKih 

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x