Senang je sebenarnya kalau anda teringin makan Garlic Bread seperti kedai dan dicicah bersama sup cendawan. Tiada roti yang mewah, jangan risau. Guna je Roti Gardenia. Hasil pun boleh tahan sedap. Jom cuba!
Terima kasih Nur Sakinah untuk perkongsian resipi Roti Garlic Gardenia Ketagih dan Mushroom Soup ini 🙂
Bahan-bahan Mushroom Soup:
300ml air
500ml susu segar
1 kiub ayam
1/2 sudu teh daun parsley
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar mentega
1 tin cendawan butang (potong hiris atau cincang)
Cara membuat:
- Tuang air dan susu ke dalam periuk. Biarkan ia mendidih. Masukkan kiub ayam.
- Masukkan lada hitam dan cendawan butang. Kacau sebati.
- Masukkan daun parsley, mentega dan sedikit garam. Kacau lagi.
- Bancuh tepung dengan air. Kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk. Kacau lagi.
- Reneh agak lama sedikit sup. Biarkan sehingga sedikit pekat.Â
Bahan-bahan Roti Garlic Gardenia Ketagih:
Roti Gardenia
Bawang Putih
Mentega
Secubit garam (tidak letak pun tidak mengapa)
Daun Parsley
Cara membuat:
🌹 Tumbuk bawang putih.
🌹 Gaul ke dalam mentega.
🌹 Masukkan garam, daun parsley gaul sehingga sebati.
🌹 Sapu ke atas roti.
🌹 Dan bakar api atas bawah (oven).
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nur Sakinah (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/Â