Selalunya bila tiba waktu nak buat kek atau aiskrim, waktu tu jugalah banyak bahan tak ada di rumah antaranya whipping cream. Tapi jangan risau, korang boleh buat sendiri di rumah, caranya cukup mudah dan bahan-bahan pun simple sahaja.
Bahan :
1 sudu besar Ovalatte
5 sudu besar Susu pekat
4 sudu besar Susu tepung
3 sudu besar Gula
1 bekas Ais
Cara :
- Campurkan semua bahan dan putar pada kelajuan sederhana. Kemudian tingkatkan kelajuan mixer selama dua minit.
- Siap.
Kredit resipi & foto : Fadlina Anuar
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/