Perkongsian ini rupanya sudah lama. Tetapi, Admin kongsikan sekarang sebab ianya masih nampak sedap pada mata Admin, hehe. Tambahan pula, hidangan ini sangat sesuai buat anda yang tidak mahu atau tiada selera untuk makan nasi. Kebiasaanya, kita dapatkan Kebab ini diluarkan? Mana lah tahu, musim PKP ini susah untuk dapatkan.
Jangan risau. Ikut sahaja resipi di bawah ini. Sediakan semua bahan, dan buat di rumah jom!
Terima kasih Ar Yati untuk perkongsian resipi Homemade Chicken/Beef Kebab ini 🙂
Bahan-bahan:
Chicken / beef burger
Timun Jepun
Tomato
Bawang besar
Black pepper kimball & life (campur)
Cili sos kimball
Mayo
Roti kebab
Cara membuat:
1. Panaskan pan dengan olive oil.
2. Masukkan daging burger yang dipotong dadu.
3. Goreng sampai masak.
4. Masukkan bawang, tomato dan timun.
5. Masukkan semua sos tadi kecuali mayonis.
6. Agak agak sahaja, asalkan nampak bersalut tu sudah okaylah tu.
7. Kacau kejap dan tutup api.
8. Kemudian, panaskan seketika roti kebab tu atas pan dan potong dua.
9. Sapu mayonis pada tepi kiri kanan roti dan masukkan daging kebab yang siap masak tadi itu.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Ar Yati (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/