fbpx

Tak Ada Acuan Nak Buat Apam Nasi? Guna Je Bekas Tupperware Biasa. Tetap Menjadi!

iCookAsia

Siapa sahaja yang tidak tahu Kuih Apam Nasi ini. Senang sangat nak buat dengan teknik mengukus ini. Selain itu, kuih ini mengelak kita daripada membazir sebab boleh gunakan lebihan Nasi semalam. 

Tapi, pernahkah anda teringin nak buat Kuih Apam Nasi ni, tapi anda tiada acuannya sendiri? Jangan risau, jom ikut seorang pengguna Facebook ini membuat Apam Nasi menggunakan bekas lut sinar biasa ini. Admin pasti, di setiap rumah pasti ada bekas makanan seperti ini kan? 

Terima kasih Hadi Al Jufri untuk perkongsian resipi Apam Nasi ini 🙂

Bahan-bahan (kisar halus):

1 cawan nasi (nasi semalam pun boleh)

1 1/4 cawan air 

3/4 cawan gula

Bahan-bahan kering:

1 cawan tepung gandum

1 cawan tepung beras

1/2 paket instant yeast

Pewarna ikut suka

Kelapa parut (digaul dengan garam, dikukus)

Cara penyediaan:

  1. Satukan bahan-bahan kering. 
  2. Kemudian, campurkan bahan kisar tadi dan aduk biar sekata.
  3. Asingkan ke dalam 2 bekas, warnakan dengan pewarna pilihan. Selepas itu, perap sekurang-kurangnya 2 jam. Perap dimana adunan akan mengembang.
  4. Selepas 2 jam, sudukan adunan ke dalam acuan lompang 3/4 penuh. Stim 15 minit (pastikan selama 15 minit, keluarkan apam dari acuan.
  5. Akhir sekali, boleh disajikan dengan kelapa parut.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Hadi Al Jufri (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x