Sebut je pasal Shawarma, mesti semua orang tahu. Baru-baru ini tular di media sosial di mana terdapat banyak shawarma yang sedap di salah satu institusi di Jalan Gombak. Admin ikut rasa nak cuba sekali ni. Tapi dengan keadaan pandemik sekarang ni, susah lah untuk semua orang merasa.
Tapi anda semua tak perlu risau lah. Admin nak share satu resipi nak buat sos white garlic. Dengar pun macam sedap kan. Apatah lagi makan dan letak atas shawarma kita tu. Jom kita cuba.
Terima kasih Yasalma Yasalma untuk perkongsian resipi White Garlic Sauce ini 🙂
Bahan-Bahan:
5 biji telur (Telur putih sahaja)
2 ulas bawang putih
Sesenduk minyak jagung
Timun – lebih kurang 2 inci tebal (rebus dahulu dengan cuka untuk bagi masam)
Secubit garam atau mengikut rasa sendiri
Satu sudu besar perahan lemon atau limau
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, panaskan putih telur sehingga menjadi warna putih.
- Kemudian blend kan ke semua bahan di atas bersamanya sehingga menjadi likat dan menjadi krim.
Mudah kan? Dengan adanya white garlic sauce ini, lagi nikmat nak makan shawarma kita.Â
Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Yasalma Yasalma(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos