Mesti ramai yang suka makan donut kan. Memang sedap dengan topping yang pelbagai. Bukan itu sahaja tau, bila makan donut yang gebu, lagi berselera nak makan lagi. Hari ni Admin nak share satu tips untuk buat donat biar jadi lagi gebu.
Jom.
Terima kasih Suhasnida Ismail untuk perkongsian tips Nak Buat Donut Gebu ini 🙂
Cara-cara:
- Pertama sekali, doh donat kena pastikan di uli dengan ais sejuk cold water + ais batu), jika dengan menggunakan bread maker atau mixer industri supaya dapat mengekalkan doh supaya sejuk sehingga proses rounding selesai.
- Pastikan semua bahan yang digunakan dalam keadaan sejuk ,jadi sewaktu kita uli doh tidak akan cepat panas yang menyebabkan yis aktif dan mengembang. Apabila terjadi sebegitu, doh dah tidak akan kelihatan cantik bila nak rounding, ianya akan jadi tak licin.
- Seterusnya, pemilihan bahan juga amat penting untuk dapatkan doh yang sempurna, Jenama bahan pun penting juga, contohnya jenis tepung kerana lain tepung lain kandungan protein dia dan hasilnya pun akan lain.
- Proses proofing kena sempurna, tidak boleh terlebih kembang, nanti donut tu akan mengejut apabila kita angkat sewaktu nak goreng sebab itu, bila diangkat tu, biarkan ia melekap bekas jari jemari.
- Suhu minyak sewaktu menggoreng pun kena betul, tidak boleh terlalu panas, nanti donat akan garing di luar dan dalam masih mentah. Kalau suhu rendah sangat, donut mudah serap minyak pula nanti.
Korang boleh cuba tips ini dan semoga bermanfaat! 😉
Kredit tips dan gambar: Suhasnida Ismail(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos