Bawang Goreng memang sangat sedap walaupun dimakan macam itu sahaja. Buat as snack pun best juga sambil menonton tv. Bawang goreng juga dikenali sebagai pelengkap tau dalam sup mengikut kesukaan masing-masing.
Selalunya ramai orang akan beli sahaja di kedai tapi anda semua boleh cuba tips ini untuk dapatkan bawang goreng yang rangup. Nak buat stok pun boleh tau. Sedap, wangi dan segar. Jom kita try.
Terima kasih Rodzianah Bachok untuk perkongsian tips Bawang Goreng Rangup ini 🙂
Cara-cara:
- Pertama sekali, potong bawang dan hiriskan kecil-kecil.
- Kemudian, goreng bawang yang sudah dipotong dengan api yang sederhana sahaja. Jangan buka api yang besar. Nanti cepat hangus.
- Seterusnya, pastikan untuk sentiasa balik-balikkan.
- Goreng sehingga kelihatan warna coklat.
- Masak sekata dan rangup.
Senang kan cara ini? Memang confirm sedap ni, buat ratah pun memang best.
Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit tips dan gambar: Rodzianah Bachok(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos