fbpx

Step-By-Step Resepi Puding Rupa Buah Tembikai. Makan Dengan Sos Kastard, Nikmat Betul!

iCookAsia

Dah bosan hidangan pencuci mulut Puding bersama Sos Kastard? Jom Admin kongsikan resepi daripada seorang pengguna Facebook ini yang sangat kreatif. Menambahkan pewarna merah dan hijau untuk dijadikan rupa seperti Buah Tembikai ini, tidak lupa juga Sos Kastard. 

Ini kalau hidang pada tetamu, pasti seronok dan menarik!

Terima kasih Ida Zaida untuk perkongsian resipi Puding Bersos Kastard ini 🙂

Bahan-bahan:

20 gm agar-agar strip

4 cawan air

1 cawan gula

1 sudu teh esen vanilla

5 biji putih telur gred A

1 biji kuning telur

Coklat chip (biji tembikai)

Pewarna merah dan hijau

Cara membuat:

  1. Didihkan air, masukkan agar-agar dan kacau sehingga agar-agar hancur.
  2. Masukkan gula dan esen vanilla. Kacau lagi hingga gula larut.
  3. Angkat dan tapiskan, ketepikan dan biar hingga agar-agar suam-suam kuku dalam 15 minit.
  4. (Meringue) pastikan putih telur tidak bercampur dengan kuning telur dan air. Pukul dengan high speed hingga kembang dan kental (terbalikkan bekas, pastikan adunan tak jatuh).
  5. Masukkan kuning telur, bagi rasa lemak-lemak sikit dan lebih sedap. Pukul lagi hingga kembang dan gebu.
  6. Tuang agar-agar yang sudah suam-suam kuku sedikit demi sedikit sambil pukul hingga ke dasar mangkuk. Jangan masukkan agar-agar sekaligus kerana ia akan menyebabkan adunan putih telur terpisah dan terapung dari agar-agar.
  7. Pukul selama 5-10 minit hingga adunan menjadi sejuk dan gebu.
  8. Tuang adunan ke dalam bekas yang telah dibasahkan supaya senang untuk dikeluarkan dari bekas nanti.
  9. Titikkan 2 sudu teh pewarna merah dan bahagian tengah adunan untuk dijadikn isi tembikai.
  10. Kacau dengan sudu membentuk bulatan hingga rata. Kacau dengan berhati-hati supaya warna tidak terkena pada dasar mangkuk.
  11. Sejukkan dalam peti ais hingga beku dalam 1/2 jam. Sisipkan puding dengan pisau supaya senang untuk terbalikkan.
  12. Celup berus dengan pewarna hijau dan sapu pada keseluruhan luar puding sebagai kulit tembikai, buat corak tembikai sekali. Biarkan pewarna kering baru simpan dalam peti ais.
  13. Keluarkan puding dan terbalikkan semula permukaan isi tembikai di bahagian atas dan bahagian kulit di bawah. 
  14. Potong perlahan-lahan kemudian letak coklat chip sebagai biji tembikai. Curah sos kastard semasa hidang.

Bahan untuk Sos Kastard:

1 tin susu cair

1 1/2 cawan air

½ cawan gula

3 sudu tepung kastad

1 sudu teh esen vanilla

Cara membuat: Satukan semua bahan dalam periuk dan kacau rata hingga mendidih.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ida Zaida (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x