fbpx

#StayAtHome. Khairul Hakimin Kongsi Cara Masak Spicy Butter Chicken. Sedap Hingga Menjilat Jari

iCookAsia

#StayAtHome dan masak sendiri. Kalau boleh kurangkan membeli makanan di luar untuk mengurangkan kontak dan kemungkinan tersebarnya wabak COVID-19.

Jadi marilah kita main masak-masak dan hidangkan lauk paling sedap dan menyelerakan buat anak-anak dan keluarga. Inilah masanya kan? Selalu semuanya sibuk dengan kerja.

“Yang duduk di rumah, mesti nak masak-masak seisi keluarga. Inilah masanya ibu atau bapa nak tunjuk skill paling agung kepada semua.

 

Okey kali ini kita buat resipi lain sikit.

Spicy Butter Chicken, gitu speaking.

 

Bahan-bahannya ialah:

1/2 ekor ayam.

2 sudu besar serbuk kunyit.

1-2 sudu kecil garam.

3 sudu besar butter,

2 sudu besar cili giling / cili kering kisar,

2 sudu besar bawang besar kisar,

1 biji bawang besar India,

3 ulas bawang putih,

1 inci halia,

1 tangkai daun kari,

1/2 cawan susu segar,

10 biji tomato ceri,

5 tangkai cili kering,

Sedikit gula,

Sedikit garam.

Cara-caranya tengok dalam gambar ya anak-anak. #ResipiKHM ini dibawakan khas dari dapur #StayAtHome. Cewah

Cuci bersih ayam, kemudian letak dalam bekas stainlesssteel.

Kemudian tabur serbuk kunyit dan garam. Ambil gambar.

Kemudian gaul dan urut ayam tersebut.

Panaskan minyak, kasi goreng. Goreng sampai habis dan sorokkan ayam. Zaman tengah Stay at home ini habis karang dikerjakan budak-budak dan bapak budak.

Dalam kuali mahal, panaskan dan masukkan butter.

Masukkan bawang, bawang putih dan halia walau butter belum cair hahahah.

Masukkan cili kering yang digunting. Yang 5 tangkai itu.

Masukkan cili kering kisar dan bawang besar kisar. Kacau lagi.

Dah pecah minyak, masukkan tomato ceri dan daun kari tadi terlupa ambil gambar.

Masukkan susu segar. Kacau lagi, kemudian masukkan gula dan garam.

Masukkan ayam goreng tadi. Kacau lagi. Siap!

Sumber : Khairul Hakimin Muhammad

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x